Monday, July 30, 2012

Salam Ramadhan al-Mubarak 1433 Hijrah

Assalamualaikum semua :)

Hari ini genap 10 ramadhan. Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Illahi dapat menempuhi 10 hari berpuasa di bulan yang mulia ini. Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan salam ramadhan al-mubarak 1433 Hijrah kepada semua umat Islam di dunia tak kira dimana jua anda berada. Semoga ramadhan kali ini lebih baik dari tahun-tahun sebelum ini dan lebih bermakna buat kita semua agar dapat melalui dengan sempurna. Sama-sama kita mengimarahkan ramadhan pada tahun ini. InshaAllah Ameen ya rabbal Alamin :')





So, perkara yang perlu dilakukan dan tidak perlu dilakukan boleh dilihat seperti yang tertera disini :)




Event terbesar pada bulan ni kan sukan Olimpik , apa kata kita yang tak masuk sukan olimpik ni buat marathon ibadah. Haa kan best. Sape buat banyak, lagi banyaklah ganjaran yang dia dapat kan. So, jom ramai-ramai join marathon ini okay? Hihi :D 



Dengan ibadah yang dilakukan dapat membantu kita berubah ke jalan yang benar dan disamping itu menjadi insan mulia. InshaAllah :) 

So sekali lagi saya ingin mengucapkan selamat berpuasa ! :D
Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan

p/s: jangan puasa yang yok sudah ler ye. hikhik ;)

Wassalam :)




Thursday, July 5, 2012

Malam Nisfu Syaaban

Assalamualaikum,

Korang tau tak apa tu malam nisfu syaaban? Tak tahu? takpe, meh kita tengok. 

Malam nisfu syaaban adalah malam dimana tutupnya  buku catatan amalan orang-orang Muslimin yang diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu Maghrib (waktu senja), (15 Syaaban bermula pada 14 haribulan Syaaban sebaik sahaja masuk waktu Solat Maghrib) . 

| ''(Dari Abi Hurairah ra dari Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya : "Telah datang Jibril as pada malam Nisfu Syaaban dan dia berkata, Ya Muhammad, pada malam ini pintu-pintu langit dan pintu-pintu rahmat dibuka, maka berdirilah dan kerjakan sembahyang lalu angkatlah kepalamu dan kedua tanganmu ke langit!" Kata saya (Nabi Muhammad SAW): "Hai Jibril, apakah erti malam ini ?" Dia (Jibril) menjawab: "Pada malam ini telah dibuka 300 pintu rahmat, maka Allah telah mengampuni orang-orang yang tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu kecuali ahli sihir, bomoh hitam, orang-orang yang suka permusuhan/pergaduhan, peminum arak, orang-orang yang berbuat zina, pemakan riba, orang-orang yang derhaka kepada kedua orang tua, orang-orang yang suka mengadu domba (batu api) dan orang-orang yang memutuskan tali persaudaraan, maka sesungguhnya mereka itu tidak akan diampuni kesalahannya sehingga mereka mahu bertaubat dan tidak akan mengulang lagi atas perbuatannya itu."
Maka pergilah Nabi Muhammad SAW untuk mengerjakan sembahyang serta menangis di dalam sujudnya dengan membaca: "Ya Allah sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari seksaMu dan murka Mu dan aku tidak menghitung-hitung pujian kepadaMu, sebagaimana Engkau memuji kepadaMu sendiri, maka segala puji bagiMu sehingga Engkau redha." Dipetik dari Kitab Zubdatul Wa'idzin.)'' |
(source: Kehebatan di Bulan Syaaban - www.iluvislam.com )


Korang jugak boleh mendengar komentar daripada Ustaz Azhar Idrus (UAI) tentang Malam Nisfu Syaaban di bawah ni :









Sebagai umat Islam kita wajib menyebarkan benda yang baik agar setiap individu itu dapat mengetahui perkara yang wajib diketahui. So aku harap dengan info yang tak seberapa ni dapat memberikan input kepada korang ye. 

Semoga kita semua terpilih sebagai insan istimewa yang sekali lagi diberi peluang dan kesempatan untuk berada di Bulan Ramadan yang bakal menjelang tiba. InshaAllah.

Renung-renungkan dan selamat beramal *tagline Prof. Izzi Hj. Ali*

Wassalam :')



Sunday, June 3, 2012

The Housemates

Assalamualaikum ,





Apa motif aku letak gambar ni? happy je kan tengok gambar ni. macam-macam gelagat ada. haa meh meh cek nak habaq mai sikit. korang baca perlahan-lahan naa. okay? hewhew




nak tanya ni, korang pernah tinggal dekat asrama tak? huhu, ade yang pernah ade yang tak kan? sokay,  bagi sesape yang tak pernah tu one day korang akan merasa jugak. tak kira lah dekat sekolah ke, waktu plkn ke, dekat universiti ke kan? bape banyak ke laa , hehe jangan marah ye ;) tapi yang aku nak cerita ni bukannya pasal tinggal dekat asrama , tapi rumah sewa. okay sekarang aku nak cerita serba sedikit tentang pengalaman aku tinggal dekat rumah sewa ni walaupun baru bape bulan kan. *cehh excited ni* huhu. banyak pengalaman kita boleh dapat tau. dengan jiran yang macam-macam perangai. suasananya susah lah nak gambarkan, korang bayangkan sendiri lah ye? tau tauu. hehe :p 


haaaa now i want to introduce my housemates for semester 3 .ececeh speaking kejap :p













cantik and comel-comel je dorang kan? meh aku kenalkan sorang sorang.okay

yang atas tu biehah a.k.a mak dekat rumah kiteorang ni , die lah yang selalu masak. maklumlah rajin bebenor. hewhew. nasib die masak sedap tauuu. kalau tak sedap tadenya kiteorang panggil die mak. hewhew sorry biehah -.- 
korang kalau nak rasa masakan die meh lah jemput ke rumah. haha kalau taktau malu lah ye. hoho :p

okay yang bawah tu pulak amalina tapi kiteorang panggil amal. die ni roomate aku dekat kamsis (hostel) dari sem 2 lagi, dekat dalam rumah pun roomate jugak. jangan jealous :p haha. kami ni dah selesa satu bilik walaupun ade satu bilik kosong dalam rumah tu. bukan taknak pindah bilik, masalahnya bilik depan tu tak best. so duduklah satu bilik semula. asalkan kiteorang bahagia :) 

mesti korang pelik kan, awatnya kami duduk bertiga je? tak mahal ke bayar sewa? actually sebelum ni rumah kiteorang ade 5 orang penghuni termasuklah aku , pastu tetibe 2 orang housemates kami pindah masuk kamsis taktau apa sebab, so jadinya bertigalah kami. alhamdulillah walaupun bertiga nasib baik sewa tak banyak naik. bersyukur sangat-sangat dapat tuan rumah yang baik tau. setiap kali datang rumah kiteorang mesti bawak makanan, haaa part tu biehah suka. hewhew jangan marah biehah. haha :D




aku dgn biehah takde keje webcam malam-malam depan rumah ni . nasib baik pakcik-pakcik jkk especially pakcik gongak tu takde. grrr kalau tak mampuih eden oii. tak buat pape pun boleh kena bebel tahu? padahal pakcik dgn makcik jiran sebelah tu ade dekat luar pun nak kecoh , haihh manusia manusia tak boleh tengok orang senang sikit kan. sabau je lerrr.
mesti korang nak tahu kan siapa sebelah aku tu? haa yang tu jiran kiteorang ifwat , die dah macam adik kiteorang dah tahuu. peramah bebenor orangnya. nak berkenalan? contact saya. hahak ! sorry ifwat , akak memain je :p jangan weh marah karang si ifwat ni. haha. pengacau orang no satu budak ni. tak habis-habis panggil kak dunkin. hahahaha elok-elok nama amirah kak dunkin jugak die nak panggil . maklumlah muka bulat macam dunkin donut bak kata ifwat ni. haha pun bolehlah ifwat. asalkan die bahagia kan? hewhew






sampai disini saja untuk sekelian kalinya ye, ececeh. haha okay lah
bye,
wassalam :)

Friday, May 18, 2012

End Of Semester 3

Assalamualaikum,

hai orang kampung, aku nak bagi tahu yang aku dah habis final and dah habis semester 3 sebenarnya ! huhu . Alhamdulillah berjaya jugak menghabiskan semester 3 dengan selamat, pantas, tuntas :D dah jangan merepek miera . padahal dah duduk golek makan minum dekat rumah 2 minggu baru nak bagi tahu? dah basi laa cerita ni miera. Hahaha. bak kata orang melaka, nampak nauu takde idea tu. tapi apakan daya dah ni je yang mampu. huhu maklumlah kita ni tak banyak idea macam awak-awak tu :') 

alhamdulillah final hari tu dapat jawab, bak kata orang putih ni so far so good :D tapi ada satu paper ni macam kureng sikit je :( so tawakkal je lah masa jawab tu. aku selalu teringat pesan mama "it's okay kakak, awak dah buat sehabis baik kan? so ingat, awak harus sentiasa berdoa dan berserah kepada Allah swt. Insha Allah semua dipermudahkan." amin insha Allah :') semoga segalanya berjalan dengan lancar dan doakan aku sem ni pointer meningkat dari sem sem lepas ye! aku pun doakan korang jugak insha Allah. mendoakan sesama muslim kan lebih baik tu. 

now check it out !


budak gila camera memang macam ni :)




dalam kelas pun sempat posing. tirulah macam kami :p manfaatkan sebelum lecturer sampai ye :D




bersama make-up artis dan mc tersohor Dat3F 



   

kami bertiga :')




gotong-royong Pantai Tanjung Bidara. Pantai tercantik dan terbersih di melaka. katanya lahh. sebabnya, kami yang bersihkan. hewhew 




  DAT3F december session 2011





muka happy dah habis semester 3. yeay ! Alhamdulillah :)


kita bertemu sem 4 pulak ye. tapi insha Allah panjang umur akan kembali ke politeknik pada sem 5. sebabnya? sem depan aku praktikal. jyeahh ! alhamdulillah sungguh bahagianya hidup. mana taknya, sem depan takyah ulang-alik KL - Melaka yaw ! puasa raya semua dekat KL yang tercinta. itu cool namanya :D melainkan aku ada urusan penting dengan pihak politeknik takpun dengan PA barulah aku jejakkan kaki di politeknik merlimau yang tercinta itu. huhuhu  
♥ PMM 


okay, sekian untuk entry kali ini. 
dimana ada camera, disitu ada Amirah Baseer :D
wassalam :)